Tiga Juara Dunia Sukan Dron Ditewaskan Oleh AI

TechnologyDigital
1 Sep 2023 • 9:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kecerdasan buatan (AI) akan telahpun mengambil alih tugasan yang membosankan seperti mengarang emel, kandungan media sosial dan menghasilkan grafik. Kini AI telah berjaya pula mengalahkan tiga juga dunia sukan dron FPV. AI Swift dibangunkan oleh University of Zurich dengan melatihnya selama sebulan di dalam dunia maya. Dalam tempoh masa dunia sebenar Swift dilatih dalam masa beberapa jam sahaja menggunakan sebuah komputer desktop.

image is not available

Ia kemudiannya mengawal dron FPV dalam perlawanan yang dilakukan di sebuah hangar di Lapangan Terbang Dübendorf Zurich. Dron dikawal Swift mencatatkan masa 0.5 saat lebih pantas berbanding masa yang dicatatkan oleh tiga juruterbang dron manusia. Tiga wakil manusia yang dikalahkan ialah Alex Vanover juara Drone Racing League 2019, Thomas Bitmatta juara MultiGP Drone Racing 2019 dan Marvin Schaepper juara dron Switzerland sebanyak tiga kali.

Walaupun telah dikalahkan oleh Swift, juruterbang dron manusia lebih cekap mengubah taktik penerbangan berbanding AI. Swift tidak mampu melakukan perubahan secara masa nyata sekiranya tidak diarahkan dalam latihan yang dilakukan secara maya.

Sebelum ini AI IBM Deep Blue dalam sukan catur pada tahun 1996 menentang Gary Kasparov, Google AlphaGo mengalahkan Lee Sedol dalam permainan Go pada tahun 2016 dan OpenAI Five mengalahkan pasukan OG juara The International dalam permainan DoTA 2 pada tahun 2018.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved