Tiga juruukur sesat di hutan Dungun ditemukan selamat

29 Jul 2026 • 12:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tiga juruukur sesat di hutan Dungun ditemukan selamat

DUNGUN, 29 JULAI: Tiga juruukur lelaki yang dilaporkan sesat ketika menjalankan kerja mengukur tanah di kawasan hutan di Kampung Tok Kah di sini ditemukan selamat oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata mangsa, Wan Muhamad Haziem Wan Abdullah, 32, Wan Hafizuddin Aiman Wan Zamili, 23, dan Muhammad Adam Ruzilan, 22, ditemukan pada 11.30 malam.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa memasuki kawasan hutan itu pada 10 pagi semalam bersama tiga lagi rakan sekerja bagi menjalankan kerja mengukur tanah, sebelum mereka berpecah kepada dua kumpulan.

"Ketiga-tiga mangsa dipercayai tersesat selepas gagal menemukan laluan keluar. Polis menerima panggilan kira-kira 7.30 malam daripada kumpulan juruukur yang berjaya keluar dari kawasan itu memaklumkan tiga rakan mereka masih belum ditemukan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata operasi SAR kemudian digerakkan membabitkan lima anggota polis, lima anggota bomba serta dibantu tiga juruukur.

"Berdasarkan koordinat lokasi yang dihantar mangsa, pasukan penyelamat memasuki kawasan hutan sejauh kira-kira satu kilometer sebelum berjaya mengesan ketiga-tiga mereka.

"Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan hutan berkenaan dalam keadaan selamat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved