Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan

22 Mar 2023 • 4:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEREMBAN - Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam kenyataan memaklumkan kadar tersebut berdasarkan kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini, iaitu kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.751 kilogram.

"Bagi menjunjung titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, dimaklumkan ketetapan Pewartaan Kadar Zakat Fitrah tahun 1444H/2023M adalah RM7 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya daripada jenis Super Special Tempatan lima peratus.

"Kadar RM10 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya daripada jenis beras Super Import, Super Wangi dan Herba Ponni manakala RM21 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya daripada jenis beras Super Basmathi,” menurut kenyataan itu.

MAINS memaklumkan pembayaran secara bersemuka boleh dilakukan di kaunter zakat di pejabat MAINS daerah dan cawangan; menerusi amil zakat fitrah bertauliah di masjid dan surau terpilih di seluruh negeri atau di kaunter pembayaran zakat fitrah di lokasi terpilih.

Selain itu, pembayaran secara dalam talian pula boleh dilakukan menerusi portal rasmi MAINS di www.zakatns2u.biz/fitrah, aplikasi MAINS, aplikasi MyEG, aplikasi SnapNpay dan perbankan internet melalui JomPay. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved