Tiga Kali Ditolak, AirAsia Tidak Putus Asa Dapatkan Lesen Beroperasi Di Singapura

27 Sep 2024 • 10:41 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Walaupun telah ditolak sebanyak tiga kali, AirAsia tidak akan berputus asa untuk dapatkan lesen beroperasi di Singapura, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.

“Jangan sekat saya di Singapura. Tiga kali kami mohon lesen penerbangan, tiga kali kami ditolak. Kami mempunyai syarikat penerbangan di Kemboja, Filipina, Indonesia, Thailand dan Malaysia.

“Kita boleh mendapatkan (lesen) di negara ASEAN yang lain, tetapi Singapura menghalang kita sepanjang masa kerana mereka melindungi syarikat penerbangan mereka,” katanya.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen beroperasi di Singapura

image is not available

Foto: Harian Metro

Tony berkat ademikian selepas perasmian besar-besaran hangar 14 barisan bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih Kejuruteraan Digital Asia (ADE) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.

Mengulas berkenaan hantaran beliau di LinkedIn tentang SIA Engineering Company (SIAEC), Tony berkata dia tidak mempunyai masalah untuk syarikat itu datang ke Malaysia.

SIAEC baru-baru ini menandatangani perjanjian 15 tahun dengan anak syarikat Khazanah Nasional, Impeccable Vintage Properties untuk menyewa dua hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

image is not available

Foto: Berita Harian

“Yang pentingnya ialah SIAEC elok sahaja di sini, kami menyokongnya. Ia baik untuk negara, bagus untuk pelaburan dan bagus untuk pekerja yang ingin keluar (daripada syarikat lama).

“Jika mereka dapat kerja yang lebih baik, mereka harus pergi. Ini adalah pasaran bebas. Masalah saya kenapa Singapura tidak beri saya lesen? Itulah masalah saya,” ujarnya.

Sumber: Bernama