Tiga kawasan di Johor rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi

7 Oct 2023 • 10:41 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi dicatat di Larkin iaitu 156 diikuti Pasir Gudang dengan 152 serta Batu Pahat (122).

IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. -Bernama