Tiga Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tidak Sihat

5 Sep 2023 • 8:02 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak kini dilanda jerebu

Tiga Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tidak Sihat. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan di Sarawak menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 6 petang pada Isnin.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Sri Aman di tahap sama iaitu 154 manakala Kuching didapati sedikit meningkat kepada 135 termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (144).

image is not available
Tiga Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tidak Sihat. Kredit: Astro Awani

Bacaan IPU di Shah Alam mencatatkan sederhana iaitu 98 termasuk Putrajaya (91), Cheras (94), Nilai (92) dan Kota Bharu, Kelantan (58).

Di Semenanjung Malaysia, hanya tiga kawasan di Kedah mencatatkan IPU baik iaitu Kangar (31), Langkawi (24) dan Alor Setar (44).

image is not available

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Baca lagi artikel menarik: