Tiga Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

LocalEnvironment
9 Feb 2026 • 10:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tiga Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

Sebanyak tiga kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) selama tiga hari berturut-turut berikutan cuaca panas yang berterusan.

Menurut hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, antara kawasan yang terlibat ialah Pokok Sena dan Kulim di Kedah serta Daerah Tengah di Pulau Pinang.

"Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut," ujar MetMalaysia.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini cuaca panas harian, orang awam boleh melayari portal rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Orang ramai disarankan supaya lebih berhati-hati bagi mengelak masalah kesihatan akibat cuaca panas yang berlarutan.

Antara langkah yang boleh diambil termasuk mengurangkan aktiviti fizikal di bawah sinaran matahari, memastikan badan kekal terhidrat, serta berada di tempat teduh atau berhawa dingin.

image is not available
Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved