Tiga kedai di Jalan Mahkota terbakar

10 Sep 2025 • 8:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kebakaran pada Selasa melibatkan tiga kedai di Jalan Mahkota, Kuantan menyebabkan salah sebuah hampir musnah sepenuhnya.

KUANTAN- Tiga rumah kedai di Jalan Mahkota, di sini terlibat dalam kebakaran pada Selasa.

Dalam kebakaran yang dilaporkan jam 8.45 malam itu, sebuah kedai hampir musnah sepenuhnya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sebuah kedai rosak 50 peratus manakala sebuah lagi hanya mengalami kerosakan 10 peratus melibatkan bahagian bumbung.

Menurutnya, kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

"Selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran.

"Operasi turut dibantu anggota dan jentera dari BBP Taman Tas, BBP Gebeng dan BBP Indera Mahkota, melibatkan keanggotaan keseluruhan 46 orang" katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved