

Tiga Kenderaan Terbakar Di NKVE
Tiga kenderaan dilapor musnah terbakar dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 4.4 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Shah Alam, pada Isnin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 3.38 petang.
“Seramai lima anggota dan pengawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jelutong dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, kami dapati kebakaran membabitkan tiga kenderaan berpunca akibat kemalangan jalan raya,” ujarnya pada hari Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, nahas melibatkan dua kenderaan jenis sedan yang terbakar 100 peratus serta sebuah kereta pacuan empat roda yang terbakar 50 peratus.
“Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan, insiden itu tidak melibatkan mangsa,” tambahnya.
Sumber: Sinar Harian
The post Tiga Kenderaan Terbakar Di NKVE appeared first on Siakap Keli.


