Tiga kerbau 'naik' MPV ditemukan di tepi jalan

24 Jun 2024 • 12:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kerbau yang ditemui dalam sebuah MPV di tepi jalan Kampung Bukit Serdang, Kuala Bera pada Isnin. Foto Facebook Bera Unite

image is not available
MPV ini ditemui orang awam yang ditinggalkan di tepi jalan.

image is not available
Tiga ekor kerbau ini ditemui dalam keadaan tidak bermaya disyaki kesan ubat pelali.

BERA - Tiga ekor kerbau ditemui dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey yang ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Bukit Serdang, Kuala Bera di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkaitan penemuan kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 3.20 pagi.

**media[2700448]**

Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati sebuah MPV jenis Honda Odyssey warna kelabu berada dalam keadaan melintang.

"Pemeriksaan lanjut dalam MPV berkenaan terdapat tiga kerbau pada bahagian tempat duduk belakang.

**media[2700445]**

"Haiwan itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya disyaki kesan ubat pelali," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujarnya, siasatan masih dijalankan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!