Tiga kontena, empat rumah kongsi musnah dalam kebakaran di Semenyih

22 Nov 2025 • 7:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 22 NOV: Tiga kontena dan empat rumah kongsi musnah dalam kebakaran di kawasan TL Powerwood, Lot 833, Jalan Sungai Lalang, lewat pagi tadi.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih di Facebook pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.57 pagi sebelum menggerakkan sebuah jentera ke lokasi.

"Operasi memadam kebakaran diketuai Komander Operasi, PBK II Muhamad Shukri. Operasi memadam kebakaran dibantu pasukan BBP Kajang dan BBP Bangi.

"Siasatan awal mendapati kebakaran membabitkan keluasan kira-kira 100 x 50 kaki persegi," menurut jabatan itu.

Setakat ini, tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved