Tiga Lagi Negeri Di A.S Mengharamkan Pemasangan TikTok Pada Peranti Kakitangan Kerajaan

TechnologyDigital
8 Dec 2022 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
TikTok

Seperti ada usaha di Amerika Syarikat untuk cuba mengharamkan aplikasi TikTok sejak akhir-akhir ini. Terkini Texas, South Carolina dan Maryland pula mengharamkan kakitangan kerajaan daripada memasang aplikasi TikTok pada peranti yang diberikan bagi tujuan kerja.

image is not available

Ketiga-tiga negeri mengikuti langkah South Dakota yang menjadi negeri pertama mengeluarkan arahan yang sama pada penghujung bulan November. Arahan pengharaman dilakukan menggunakan alasan yang sama mendakwa TikTok boleh digunakan bagi tujuan intipan oleh Bytedance bagi pihak kerajaan China.

Akhir minggu lalu pengarah FBI Chris Wray turut menyuarakan kebimbangan yang sama dengan mendakwa kandungan TikTok boleh dimanipulasi pihak tertentu bagi mengawal persepsi masyarakat. Pihak TikTok pula beberapa kali menafikan mereka mengaskes data pengguna bagi pihak China dengan pelayar data untuk pengguna A.S telah dipindahkan ke sistem yang diselenggara oleh Oracle.