Tiga lelaki bersenjata api disyaki rompak kedai emas di Nilai

4 Mar 2025 • 9:23 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SEREMBAN, 4 MAC: Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata dua suspek masuk ke dalam premis, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan terdapat kejadian rompakan berkumpulan syaki menggunakan senjata api di dalam sebuah pasar raya tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian rompak berlaku kira-kira 8.36 malam tadi. Seorang suspek disyaki menggunakan senjata api semasa kejadian.

“Siasatan juga mendapati tiada kecederaan dan jumlah kerugian masih dalam penilaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai ditalian 06-7904222.

Beberapa rakaman video kejadian itu kini tular di media sosial, menunjukkan dua lelaki bertopeng merompak sebuah kedai emas di dalam pasar raya.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved