Tiga lelaki bersenjata parang samun kedai runcit, larikan barang kemas

11 Jul 2026 • 1:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga lelaki bersenjata parang samun kedai runcit, larikan barang kemas
Polis kini giat mengesan ketiga-tiga suspek yang dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara berwarna kelabu.

DUNGUN - Seorang peniaga wanita warga emas berdepan detik cemas apabila kedai runcit miliknya di Ketengah Jaya di sini, disamun tiga lelaki bersenjata dalam kejadian pada 1.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, mangsa yang berusia 70 tahun ketika itu sedang berniaga seorang diri, sebelum didatangi tiga lelaki yang bersenjatakan sebilah parang dan sebatang besi.

Beliau berkata, suspek dipercayai mengikat tangan serta menutup mulut mangsa menggunakan pita pelekat, sebelum melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa.

"Antara barangan yang dilarikan ialah barang kemas yang dipakai mangsa, wang tunai, dua telefon bimbit dan dokumen peribadi, dengan anggaran kerugian puluhan ribu ringgit.

"Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Nik Ab Halim berkata, polis kini giat mengesan ketiga-tiga suspek yang dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara berwarna kelabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. - Bernama

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved