Tiga lelaki ditahan dengan senjata api

10 May 2023 • 5:50 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA TINGGI: Tiga lelaki termasuk seorang yang dikehendaki polis, ditahan bersama sejumlah senjata api dan peluru di Felda Adela, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat (gambar) berkata ketiga-tiga warga tempatan yang berusia 33, 35, dan 39 tahun itu, ditahan berdekatan Masjid Jamek Al-Ikhwan di Felda Adela, dekat sini, lebih kurang pukul 1 pagi.

Beliau berkata hasil serbuan itu, polis turut merampas selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri bersama tiga butir peluru, sepucuk pistol jenama Beretta Gardone VT, satu kelopak berisi empat butir peluru 9 milimeter, sebilah pisau dan dadah jenis ganja serta Eramin 5.

Beliau berkata polis turut menyerbu sebuah rumah di Felda Tunggal, di sini, serta merampas dua laras senapang angin dipercayai buatan sendiri, satu butir peluru penabur, tiga kelongsong peluru penabur dan sepuluh biji guli.

“Semakan rekod jenayah lampau juga mendapati dua individu mempunyai rekod kes jenayah dan dadah, manakala seorang individu masih berstatus dikehendaki berkaitan kes jenayah tahun 2016.

“Kita juga (akan) siasat daripada segi penggunaan senjata api ini, (sama ada) dengan tujuan memburu atau sebagainya,“ katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora.

Kamarul Zaman berkata salah satu fokus siasatan pihak polis dan Perhilitan adalah untuk memastikan tiada kegiatan pemburuan haram.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan menyiasat sama ada pistol yang dirampas pernah digunakan dalam siri pecah rumah atau samun sebelum ini.

Beliau berkata ketiga-tiga individu itu, yang positif dadah jenis methamphetamine dan ganja, direman selama tiga hari mulai hari ini hingga 12 Mei.

Kes disiasat di bawah Akta Senjata 1960; Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved