Tiga Lelaki Maut, Tiga Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Gua Musang – Bomba

13 Jan 2026 • 4:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tiga Lelaki Maut, Tiga Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Gua Musang – Bomba

KOTA BHARU, 13 Jan (Bernama) — Tiga lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah termasuk seorang wanita dalam kemalangan di Kampung Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai tengah hari tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PBK I Che Razak Harun berkata kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena yang dinaiki empat lelaki, manakala seorang lelaki dan seorang wanita pula menaiki kenderaan van jenis Toyota Hiace.

BACA: Nahas Tiga Kereta: Gerak Hati Ibu Apabila GPS Anak Berhenti Jadi Kenyataan

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.01 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 1.43 tengah hari, pasukan mendapati enam mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut dengan tiga lelaki dalam kereta Nissan Serena meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tersepit dan mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata dua lagi mangsa termasuk seorang wanita yang menaiki van turut cedera parah dan telah dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Sumber: BERNAMA

The post Tiga Lelaki Maut, Tiga Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Gua Musang – Bomba appeared first on Siakap Keli.