Tiga mata dari Terengganu suntikan semangat KL City

LocalFootball
15 Feb 2025 • 4:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Reichelt (dua dari kanan) meraikan jaringan kedua KL City bersama rakan sepasukan semasa menentang Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Foto: Bernama

image is not available
Kedudukan terkini Liga Super selepas aksi Terengganu-KL City pada Jumaat. Infografik: MFL

KEMENANGAN Kuala Lumpur City (KL City) 2-1 ke atas Terengganu FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat disifatkan sebagai kejayaan berharga.

Malah tiga mata diraih skuad kendalian Miroslav Kuljanac itu memberikan suntikan semangat yang amat diperlukan selepas beberapa perlawanan tanpa kemenangan.

Kuljanac memuji semangat juang pemainnya berkata: “Ia adalah perlawanan yang menarik dan mendebarkan.

“Malah pemain kedua-dua pasukan juga memberikan persembahan terbaik masing-masing.

“Dan kami juga mungkin sedikit bernasib baik pada malam ini, tetapi kemenangan ini penting untuk pasukan.”

**media[3008970]**

Terengganu sebelum itu mendahului KL City selepas Safwan Mazlan meletakkan skuad Penyiu di depan pada minit ke-16.

Kapten The City Boys, Paulo Josue kemudian menyamakan kedudukan minit ke-46 penghujung separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, KL City melebarkan lagi jaringan menerusi Patrick Reichelt minit ke-83 untuk kemenangan kelapan liga selepas mengharungi 18 perlawanan.