Tiga maut, 8 cedera dalam nahas tiga kenderaan

24 Jul 2023 • 3:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga termasuk dua warga emas maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat dekat Bandar Dua, Paloh Hinai, Pekan pada Isnin.

image is not available
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

KUANTAN - Tiga termasuk dua warga emas maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat dekat Bandar Dua, Paloh Hinai, Pekan pada Isnin.

Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 11.07 pagi itu, lapan mangsa cedera ringan dan tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan itu melibatkan kereta Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan Toyota Vios.

Menurutnya, mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki dan wanita warga emas serta seorang lelaki dewasa.

"Mangsa yang selamat pula terdiri 10 lelaki dan seorang wanita warga emas," katanya.

Zulfadli berkata, susulan maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

"Anggota bomba segera membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terlibat.

"Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved