Tiga maut akibat denggi, kumulatif kematian meningkat

11 Oct 2024 • 4:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga lagi kematian direkodkan akibat komplikasi demam denggi bagi tempoh Minggu Epidemiologi (ME) Ke-40. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Tiga lagi kematian direkodkan akibat komplikasi demam denggi bagi tempoh Minggu Epidemiologi (ME) Ke-40.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, terdapat 95 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 67 kematian bagi tempoh sama pada tahun 2023.

"Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 1,639 kes, berbanding 1,760 kes pada minggu sebelumnya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME Ke-40 adalah sebanyak 105,149 kes berbanding 91,910 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

ME Ke-40 adalah merujuk kepada tempoh 29 September hingga 5 Oktober.

Menurut Dr Muhammad Radzi, bilangan lokaliti kawasan panas pada ME Ke-40 turut meningkat kepada 35 berbanding 33 pada ME Ke-39.

"Daripada jumlah itu, 26 lokaliti dikesan di Selangor, empat di Pulau Pinang dan dua di Negeri Sembilan," ujarnya.

Jelas beliau, Johor, Kelantan dan Sabah masing-masing merekodkan satu lokaliti kawasan panas.

Sementara itu, beliau berkata terdapat dua kes chikungunya direkodkan bagi tempoh sama menjadikan jumlah kedeluruhannya sebanyak 78 kes.

"Tiada wabak Chikungunya dilaporkan pada ME Ke-40," katanya.

Tambah beliau, tiada kes positif dilaporkan bagi Zika selepas kesemua 2,081 sampel adalah negatif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved