Tiga maut dua kereta bertembung depan sekolah

30 Mar 2023 • 6:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di KM 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan SK Parit Kudus, pada petang Khamis.

PONTIAN – Tiga lelaki maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kudus di kilometer (KM) 5.7 Jalan Parit Semerah- Parit Kudus di sini petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, dalam kejadian jam 5.20 petang itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pihaknya belum dapat mengesahkan identiti ketiga-tiga mangsa tersebut setakat ini.

“Siasatan sedang dilakukan oleh pegawai penyiasat,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved