Tiga maut kemalangan dua kereta di Kota Tinggi

25 Aug 2026 • 9:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tiga maut kemalangan dua kereta di Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 25 OGOS: Dua lelaki dan seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Tanjung Leman, Jalan Jemaluang di sini, petang tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Azlan Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada 5.05 petang.

Susulan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, digegaskan ke lokasi yang terletak kira-kira 45 kilometer dari balai tersebut.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) didapati benar berlaku kemalangan, melibatkan kereta jenis Honda City dan Toyota Vios. Ketiga-tiga mangsa, iaitu lelaki berusia 21 tahun dan wanita berusia 20 tahun yang menaiki Honda City serta lelaki berusia 31 tahun yang menaiki Toyota Vios, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“PKO bertindak mengeluarkan semua mangsa menggunakan rescue cutter dan stretcher, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Azlan berkata operasi tamat sepenuhnya pada 6.59 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Othman dalam kenyataan berasingan memaklumkan kes masih lagi dalam siasatan dan kenyataan media akan menyusul kemudian.

-- BERNAMA

TAG: bomba, kemalangan, dua kereta, tiga maut, Kota Tinggi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved