Tiga maut kemalangan libat dua kereta di Kota Tinggi

29 Jan 2024 • 5:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki tempatan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 48.8 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat Kota Tinggi pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt. Hussin Zamora berkata dalam kejadian kira-kira 7.25 pagi itu, pihaknya menerima maklumat berkenaan satu kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Gen-2.

“Mereka yang maut adalah pemandu kereta Gen-2 berusia 46 tahun manakala dua mangsa maut berusia 22 dan 28 tahun menaiki kereta Myvi dan ketiga-tiga mereka mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan namun kenderaan yang terbabit dalam kemalangan tersebut dipercayai dari Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya mayat kesemua mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu lima tahun jika sabit kesalahan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved