Tiga maut lori muatan ayam rempuh treler diparkir tepi jalan

21 Jul 2026 • 10:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Tiga maut lori muatan ayam rempuh treler diparkir tepi jalan

KOTA BHARU, 21 JULAI: Tiga lelaki maut selepas lori lima tan yang membawa bekalan ayam dinaiki mereka merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi jalan di Lebuhraya Timur-Barat, Tanah Merah, awal pagi ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu lori Norazeman Abdul Aziz, 42 serta dua kelindan Mohd Haikal Hanifah, 29, dan Mohammad Zakwan Mohd Nor, 16.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada 4.26 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang dan BBP Tanah Merah ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 4.41 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan yang membawa bekalan ayam melanggar sebuah treler yang diparkir di tepi jalan.

“Ketiga-tiga mangsa didapati tersepit di dalam lori. Anggota bomba bertindak mengeluarkan semua mangsa sebelum mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan," katanya.

Menurutnya, mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi membabitkan 12 anggota bomba dengan dua jentera dari BBP Kemahang dan BBP Tanah Merah," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved