Tiga Maut, Seorang Selamat Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Panel Solar

13 Dec 2024 • 3:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tiga pekerja kontrak pemasangan panel solar maut terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian di sebuah bangunan pejabat di Ranau, Sabah pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, tiga lelaki dikenali sebagai Wong, 54, Salleh, 34, dan Gimbal, 24 disahkan maut di lokasi manakala seorang lagi rakan mereka terselamat.

Tiga maut di Ranau terkena renjatan elektrik

image is not available

Foto: Sinar Harian

Timbalan Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Ediansah Edal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu ada jam 11.11 pagi.

“Tiga mangsa terbabit telah ditugaskan untuk memasang panel solar dan pemasangan dilakukan menggunakan perancah besi pada ketinggian 12 meter.

“Seorang lagi pekerja berada di bawah dan ketika pemasangan, panel solar telah menyentuh kabel Sabah Electricity yang dikategorikan sebagai bervoltan tinggi iaitu 11000kv,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.46 pagi.

image is not available

Foto: Berita Harian

“Mangsa yang terkena renjatan elektrik disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)