

Selepas mendedahkan kepada media pada minggu lalu, Hyundai Motor Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya ketiga-tiga model versi facelift, Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson dan Hyundai Staria, di ibu negara sebentar tadi.
HARGA SANTA FE:

VARIAN
HARGA
1.6 HEV PrimeRM225,0001.6 HEV PrestigeRM245,0002.5 CalligraphyRM270,000
Harga Hyundai Tucson 2025

VARIAN
HARGA
2.0 MPI StyleRM143,8881.6TGDi PrimeRM164,8881.6 TGDi Prestige AWDRM186,8881.6 HEV PrestigeRM197,888
HARGA STARIA 2025

VARIAN
HARGA
2.2D Style 10-SeaterRM179,8882.2D Prime 10-SeaterRM196,8882.2D Prestige 10-SeaterRM209,8882.2D Prestige 7-SeaterRM267,888
WARANTI:

Beralih kepada jaminan dan sokongan selepas jualan, semua harga yang diumumkan hari ini merangkumi jaminan asas kenderaan selama 8 tahun atau 160,000 kilometer.
Pihak syarikat turut menawarkan Pemeriksaan Percuma 1,000 KM, diikuti dengan Buruh Penyelenggaraan Percuma untuk 3 Sesi Pertama.
Sempena pelancaran hari ini, 100 pelanggan pertama bagi KETIGA-TIGA model akan menerima pakej khas Servis Percuma sebanyak 8 Kali.
WARANTI HIBRID:

Walaupun harga penuh serta jaminan asas kenderaan telah didedahkan sepenuhnya, satu-satunya butiran yang masih belum diumumkan ialah perlindungan jaminan khusus untuk hibrid yang bakal ditawarkan oleh HMY.
Menurut sumber dalaman, Carz.com.my difahamkan bahawa perkara ini masih dalam “proses penyelarasan,” dan sedang menunggu kelulusan daripada kementerian .
Kami akan melaporkan perkembangan terkini sebaik sahaja menerima maklumat berkenaan.
