Tiga negara disenarai pendek bekal peluru berpandu kapal LCS

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 3:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga negara disenarai pendek bekal peluru berpandu kapal LCS

LUMUT – Kementerian Pertahanan telah menyenarai pendek tiga buah negara yang berpotensi membekalkan senjata bagi Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, proses perbincangan untuk pembelian peluru berpandu permukaan ke permukaan itu kini dalam peringkat akhir.

“Kita sedang di peringkat akhir (perbincangan). Ada isu-isu yang perlu kita putuskan dan untuk dapatkan keputusan daripada kerajaan.

“(Ada) tiga jenis peluru ‘surface-to-surface missile’, dari tiga negara,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan peluncuran Tim Nukleus Angkatan Siber ATM sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Langkah memperoleh peluru berpandu untuk kapal LCS berkenaan diambil selepas Norway membatalkan perolehan misil antikapal pada awal tahun ini.

Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan mengemukakan notis tuntutan kira-kira RM1.05 bilion terhadap Kongsberg Defence & Aerospace.

Ia meliputi bayaran yang telah dibuat serta kerugian langsung dan tidak langsung susulan pembatalan lesen eksport berkenaan.

Pembatalan berlaku ketika Malaysia dilaporkan telah melunaskan sebahagian besar bayaran bagi kontrak bernilai RM634.7 juta tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga negara disenarai pendek bekal peluru berpandu kapal LCS appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved