Tiga Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Dijangka Hujan Lebat Pagi Ini

14 Jan 2026 • 8:21 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tiga Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Dijangka Hujan Lebat Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga 10 pagi ini.

Amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan menunjukkan cuaca buruk bakal dialami penduduk di kebanyakan kawasan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Selangor, beberapa kawasan dijangka turut alami cuaca buruk. Antara daerah yang dijangka terlibat merupakan Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.

Begitu juga di Sarawak. MetMalaysia meramalkan beberapa daerah bakal menerima hujan lebat, angin kencang pagi ini. Antara yang tersenarai termasuk Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri).

Beralih ke Sabah, hanya daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) tersenarai bakal dilanda hujan lebat, angin kencang dan ribut petir.

BACA: “No Jajan,” Belanja Anak Lebih Terkawal, Ibu Syukur Sekolah Guna Aplikasi Ini

BACA: Murid Gembira & Mak Ayah Lega, Disember 2026 Cuma Sekolah Empat Hari Je

 

image is not available
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar berhati-hati ketika berada di luar dan elak dari mengunjungi lokasi berisiko.