Tiga nelayan dikhuatiri hilang di perairan Kemaman, tidak pulang selepas dua hari

16 Oct 2024 • 8:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

CHUKAI, 16 OKT: Tiga nelayan dikhuatiri hilang di perairan Kemaman selepas keluar menangkap ikan Ahad lepas.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Ariffin Ghazali berkata pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kemaman telah menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 2.15 petang tadi.

Sehubungan itu, satu Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) oleh Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuantan telah diaktifkan dan digerakkan pada 2.50 petang.

“Sekitar 2.15 petang tadi, kami menerima laporan mengenai sebuah bot nelayan tempatan jenis A telah keluar ke laut 13 Okt lepas dan masih belum pulang sehingga hari ini.

“Mengikut laporan, kebiasaannya nelayan itu hanya mengambil masa dua hari di laut. Tetapi sehingga kini mereka masih belum pulang dan usaha menghubungi mereka juga gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ariffin berkata pencarian awal sedang dijalankan di sekitar kawasan 30 batu nautika di perairan Kemaman bagi mengesan kedudukan bot yang hilang.

Ini kerana APMM tidak mendapat maklumat tepat mengenai kedudukan terakhir bot terbabit.

“Pihak APMM meminta komuniti maritim yang mempunyai maklumat berkaitan melaporkan segera kepada pihak berkuasa. Pihak kami juga akan memaklumkan perkembangan terkini pencarian mangsa dari masa ke masa,” katanya. — BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved