Tiga pekerja ladang maut

30 Jun 2024 • 2:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur dan Johan Aziz

BELURAN: Tiga pekerja ladang warga asing terbunuh sementara empat lagi cedera parah apabila traktor yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 kaki, di sebuah ladang sawit di Sapi Nangoh, di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Hasan Majid berkata, mangsa maut adalah seorang lelaki Indonesia berumur 28 tahun dan dua wanita Filipina, masing-masing 28 dan 42 tahun.

“Empat mangsa cedera parah adalah pemandu lelaki warga Indonesia berumur 29 tahun dan tiga wanita Filipina berumur 22, 26 dan 45 tahun.

“Kejadian berlaku semasa jentera itu melalui jalan curam dan pemandu dikatakan gagal mengawalnya, mengakibatkannya hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung,” katanya, menambah mangsa cedera dihantar ke Hospital Beluran. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Sementara itu, di KENINGAU, enam cedera apabila sebuah Proton Saga bertembung dengan sebuah lori 3-tan di Batu 11 Jalan Keningau-Sook, di sini, Jumaat.

Lima mangsa dari kereta itu dan seorang mangsa lelaki dari lori itu dihantar ke Hospital Keningau.

Balai Bomba dan Penyelamat Daerah menerima panggilan pada jam 7.43 malam dan sembilan anggota diketuai Komander Operasi Raizaain Ag Damit bergegas ke lokasi dengan jentera.

Turut hadir di tempat kejadian adalah anggota polis dan kakitangan Kementerian Kesihatan. Operasi ditamatkan pada jam 8.10 malam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.