Tiga pelajar sekolah ditahan samun warga asing di Cheras

10 Jan 2024 • 10:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan pisau terhadap seorang lelaki warga asing di Taman Connaught, Cheras di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Ridzuan Khalid berkata kesemua suspek berusia lingkungan 14 hingga 15 tahun itu dipercayai menyamun pada 11.30 malam tadi dan ditahan pada pukul 2 pagi tadi.

Beliau berkata mangsa mengalami kerugian sebanyak RM500 dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan direman selama lima hari sehingga 14 Jan. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ridzuan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. -Bernama