Tiga pemilik syarikat nafi guna dokumen palsu: Untuk dapatkan kontrak lebih RM1.1 juta

10 Aug 2023 • 4:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Tiga pemilik syarikat kontraktor, termasuk seorang wanita, didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah pada Rabu, atas 30 pertuduhan berasingan menggunakan dokumen palsu untuk menipu bagi mendapatkan kerja-kerja penyelenggaraan di empat sekolah di sini, yang dianggarkan berjumlah lebih RM1.1 juta.

Lahama Abdul Halim, 45, Norman Jamil, 42, dan Juhanifah Musa, 36, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Jason Ak Juga.

Lahama selaku pemilik syarikat Fajar Mario Engineering berdepan sembilan pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun Bank Islam bernombor 10025010058476 bertarikh antara 30 April - 30 Jun 2020, untuk tujuan menipu bagi mendapatkan sebut harga kerja-kerja penyelenggaraan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Tawau 2020, di SMK Kinabutan, SMK Balung dan SMK Kalabakan antara 17 hingga 28 Julai 2020.

Tertuduh turut berdepan enam pertuduhan - menjadikan 15 kesemuanya - iaitu menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun Bank Islam bernombor 10025010059600 bagi Raudhah Enterprise bertarikh 30 Mei hingga 30 Jun; Perakuan Pendaftaran CIDB Malaysia; Sijil Perolehan Kerja Kerajaan CIDB Malaysia dan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan; dan Sijil Pendaftaran atas nama Raudhah Enterprise.SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Dokumen tersebut bertujuan menipu bagi mendapatkan sebut harga kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan kemudahan lain berkaitan di SMK Abaka pada 20 Julai 2020.

Manakala, Norman sebagai pekongsi dalam Syarikat Fajar Mario Engineering berdepan sembilan pertuduhan bersubahat dengan Lahama atas kesalahan sama untuk projek tersebut di SMK Balung, SMK Kinabutan dan SMK Kalabakan, pada tarikh sama.

Juhanifah pula selaku pemilik syarikat Raudhah Enterprise berdepan enam pertuduhan bersubahat dengan Lahama atas kesalahan untuk projek di SMK Abaka, pada tarikh sama.

Lahama didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.

Norman dan Juhanifah didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 September 2023 bagi pengurusan kes untuk ketiga-tiga tertuduh, yang masing-masing tidak diwakili peguam, serta ditawarkan wang jaminan RM20,000 dengan deposit RM5,000 serta seorang penjamin tempatan.

Mereka juga dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri dua bulan sekali di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat, menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan..

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee dan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom tampil mendakwa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.