
Kota Kinabalu: Tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sabah yang menyimbah air ke atas Batu Sumpah Keningau disaran mendapatkan nasihat daripada ketua adat mengenai cara terbaik untuk membetulkan keadaan tersebut.
Ini berikutan segelintir masyarakat menyalahkan tindakan mereka atas kejadian banjir teruk yang melanda daerah itu, biarpun ada penegasan sebaliknya oleh mereka.
AdvertisementTimbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffery G. Kitingan berkata beliau tidak pasti sama ada banjir itu ada kaitan dengan tindakan pemimpin.
Katanya, beliau tidak akan menyalahkan mereka kerana mereka hanya mengikut nasihat penganjur majlis.

