Tiga penjawat awam direman salah guna kedudukan

23 Jan 2024 • 1:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga suspek yang juga penjawat awam dibawa ke Mahkamah Majistret Labuan untuk mendapatkan perintah reman.

LABUAN - Tiga penjawat awam ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan, pada Selasa selepas disyaki menggunakan kedudukan dan jawatan dengan melantik syarikat milik ahli keluarga membabitkan kerja pembekalan alatan sukan.

Kesemua suspek berusia 40-an itu ditahan reman selama lima hari sehingga Ahad ini selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad di Mahkamah Majistret Labuan.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek telah menggunakan kedudukan dan jawatan mereka dengan melantik dua syarikat milik isteri dan adik kandung bagi kerja-kerja pembekalan alatan sukan dengan kontrak yang dianggarkan berjumlah RM80,000.

"Siasatan awal mendapati kontrak ini membabitkan kerja pembekalan alatan sukan untuk sekolah-sekolah di Labuan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

"Ketiga-tiga suspek kemudian l ditahan sekitar jam 7 hingga 8 malam semalam (Isnin) ketika hadir di Pejabat SPRM Labuan untuk direkodkan keterangan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

"Ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved