Tiga premis perniagaan beroperasi tanpa lesen

LocalBusiness & Finance
8 Nov 2024 • 1:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tindakan sitaan turut dikenakan terhadap pemilik premis perniagaan.

image is not available
Empat premis yang diperiksa menjalankan aktiviti kafeteria, menjual kosmetik, menjahit dan menjual pakaian serta farmasi

KLANG - Tiga dari empat premis perniagaan dikesan menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam satu operasi pihak berkuasa tempatan di Jalan Perusahaan 24 dan Solok Pandamar Indah 1 di sini.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam satu hantaran di laman Facebooknya berkata, operasi itu dijalankan Cawangan Siasatan dan Pemantauan, Bahagian Kawalan Kredit Komuniti di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Empat premis yang diperiksa menjalankan aktiviti kafeteria, menjual kosmetik, menjahit dan menjual pakaian serta farmasi.

"Pemeriksaan mendapati sebuah premis mempunyai lesen perniagaan 2024 manakala tiga lagi premis tidak mempunyai lesen perniagaan," kata hantaran itu di laman sosial itu pada Jumaat.

Berikutan itu, ujarnya, satu kompaun dikeluarkan di bawah UUK 3(1) undang-undang kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Klang) 2007.

"Selain itu sitaan serta amaran lisan turut dikeluarkan di bawah UUK 3 undang-undang kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007," menurut hantaran itu.