Tiga PTI dipenjara empat bulan, sebatan

30 Dec 2022 • 4:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tiga warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, masing-masing, dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan sekali sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis kerana memasuki negara ini secara haram.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Moma Lapanji, 25, Hussin Nuriyasahtah, 25, dan abangnya Ardin Nuriyasahtah, 28 selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Moma melakukan kesalahan itu di pasar malam di Sinsuran 1 manakala dua beradik itu – Hussin dan Ardin – di pasar malam berhampiran arca Ikan Todak di pusat bandaraya pada 16 Disember, tahun ini.

Ketiga-tiganya, yang tidak diwakili, didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun dan maksimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Inspektor Navind Kumar Vijayan yang tampil untuk pendakwaan, memohon hukuman pencegahan.

Semasa mitigasi, Moma merayu hukuman ringan kerana dia perlu menyara isteri dan lima anak mereka dan perlu menjaga bapanya kerana ibunya sudah meninggal dunia, manakala dua beradik yang masih bujang juga merayu hukuman ringan kerana mereka bekerja untuk menjaga untuk bapa mereka.

Noor Hafizah turut memerintahkan ketiga-tiga mereka dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas menjalani hukuman penjara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.