Tiga PTI kena setahun

LocalPolitics
7 Dec 2024 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

KOTA KINABALU: Tiga warga Indonesia masing-masing dipenjara setahun kerana tinggal di negeri ini selepas pas kerja sementara mereka tamat tempoh antara lima dan 12 tahun.

Martin Faot, 40, Ama Kopong, 42, dan Siprianus Pati, 42, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain, terhadap pertuduhan dihadapi mereka.

Martin tinggal di Negeri selama 12 tahun dan 25 hari selepas dokumennya tamat tempoh pada 30 Okt 2012, manakala Ama selama 11 tahun 10 bulan dan dokumennya tamat pada 3 Jan 2013 dan Siprianus selama lima tahun 21 hari dan dokumennya tamat tempoh pada 3 Dis 2018.

Ketiga-tiga mereka ditahan pada 23 Nov tahun ini jam 2.09 pagi di rumah pekerja di Hap Seng Plantation Sdn Bhd, Ladang Pelipikan, Kota Marudu.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga mereka menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Selepas menjalani hukuman penjara, ketiga-tiga mereka diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang.

Pegawai Pendakwa Azizah Ahmad dari Jabatan Imigresen tampil untuk pendakwaan.

View Original Article