Tiga Solusi Kecerdasan Buatan Generatif AWS Diperkenal – Bantu Produktiviti Para Pembangun

TechnologyDigital
17 Jul 2023 • 7:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

  • Info
  • Teks Asal – Noor Fatihah Az-Zuannie

Zaman sekarang hampir kesemua aktiviti seharian kita dibantu oleh teknologi kecerdasan buatan (AI). Teknologi ini dilihat sangat berguna, dan menjadikan kehidupan kita lebih lancar. Melihat kepada perkembangan teknologi ini, Amazon Web Service (AWS) telah memperkenalkan beberapa perkhidmatan yang mampu menjana AI generatif iaitu Amazon Bedrock, Amazon CodeWhisperer serta Amazon EC2 Trn1n dan Amazon EC2 Inf2.

image is not available

Menurut AWS, menerusi penggunaan AI generatif, ia bakal meningkatkan lagi kreativiti perusahaan dalam penghasilan kandungan yang lebih menarik, termasuklah gambar, video mahupun muzik. Selain itu, penggunaan kecerdasan buatan generatif ini juga diyakini mampu meningkatkan lagi produktiviti perusahaan dengan percepatkan lagi proses dalam melakukan sesuatu tugasan.

image is not available

Oleh itu, AWS telah memperkenalkan servis mereka iaitu Amazon Bedrock, yang memberikan kemudahan kepada pengguna untuk membina sendiri aplikasi berasaskan AI menggunakan pelbagai model asas (foundation model). Antara model asas yang disokong oleh Amazon Bedrock adalah seperti Amazon Titan, Jurassic-2, Claude dan Stable Diffusion.

image is not available

AWS pada masa yang sama turut menekankan perkhidmatan Amazon CodeWhisperer mereka, iaitu AI yang menggunakan model asas dalam meningkatkan lagi produktiviti pembangun, melalui bantuan atau cadangan penjanaan pelbagai kod yang boleh digunakan dalam tugasan pengaturcaraan. Menerusi perkhidmatan ini juga, ia dikatakan mampu meningkatkan lagi produktiviti pembangun, di mana pengguna CodeWhisperer mampu menyelesaikan tugasan 57% lebih cepat.

Lebih menarik lagi, Amazon CodeWhisperer ini turut tersedia untuk pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti Python, Java, JavaScript, Typescript dan lain lain, serta boleh digunakan menerusi konsol AWS Lambda.

image is not available

AWS turut peka dengan keperluan perusahaan dalam memiliki infrastruktur khusus dalam membina dan melatih model asas, yang semestinya memakan kos yang tinggi. Oleh itu, AWS turut menyediakan Amazon Elastic Compute Cloud (EC2) Trn1n dan Amazon EC2 Inf2 yang dikatakan mampu memberikan prestasi yang lebih baik, dan pada masa yang sama menawarkan sehingga 50% penjimatan kos latihan.

Oleh itu, dengan kehadiran teknologi ini, AWS bukan sahaja menawarkan anda perkhidmatan yang memudahkan proses pengaturcaraan dan pembangunan aplikasi, malah ia juga membantu menjimatkan perbelanjaan perusahaan. Melaluinya, ia menjadikan perbelanjaan serta penggunaan teknologi AWS ini lebih berbaloi dan meningkatkan produktiviti pengguna.