Tiga sungai di Selangor lepasi paras bahaya, Sungai Bernam dalam kategori amaran

11 Nov 2022 • 9:24 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 NOV: Paras air tiga sungai di Selangor melepasi tahap bahaya, menurut laman rasmi Infobanjir takat jam 8.

Berdasarkan maklumat https://publicinfobanjir.water.gov.my/ Sungai Guntong di Hulu Selangor berada pada paras 19.24 meter, P/A Pandamaran (2.26 meter) dan Sungai Binjai (4.67 meter).

Mengikut maklumat di portal itu juga, Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam berada dalam kategori amaran dengan bacaan paras air menunjukkan trend meningkat.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan jam 3 petang tadi menyenarai beberapa tempat di Petaling dan Klang berisiko banjir kilat jika hujan lebat berterusan.

Di Petaling, kawasan itu ialah TTDI Jaya, Seksyen 13, Shah Alam; Lebuhraya Besraya, Jabatan Pertanian Serdang, Sri Kembangan dan kawasan sekitar.

Di Klang pula, Kampung Delek, Taman Petaling, Taman Saujana, Batu 8 Jalan Bukit Kemuning, Pandamaran dan kawasan sekitar.