Tiga sungai utama Kelantan pada paras berjaga-jaga - JPS

LocalEnvironment
21 Nov 2024 • 2:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga sungai utama di Kelantan dicatatkan berada melebihi paras berjaga-jaga pada Khamis. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Tiga sungai utama di Kelantan dicatatkan berada melebihi paras berjaga-jaga setakat 1 tengah hari Khamis.

Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran, tiga sungai berkenaan adalah Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Tanah Merah dengan ketinggian 18.43 meter berbanding paras berjaga-jaga 18.0 meter.

Sungai Golok di Rantau Panjang juga melebihi paras berjaga-jaga (7.00 meter) iaitu 7.38 meter.

Sementara itu Sungai Semerak di Pasir Puteh yang dicatatkan pada aras amaran pagi tadi susut kepada paras berjaga-jaga iaitu dengan ketinggian 2.02 meter.

Selain itu, semua sungai lain direkodkan berada pada paras normal. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved