“Tiga Tahun Saya Berdiam Diri” – Rizman Ruzaini Diperintah Bayar Saman RM1.3 Juta Kepada Intan Najuwa

EntertainmentPolitics
5 Jan 2026 • 8:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Datin Intan Najuwa tampil membuat kenyataan awam selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, susulan keputusan mahkamah yang telah dibuat memihak kepada dirinya.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di Instagram, Intan Najuwa menjelaskan bahawa kenyataan itu dibuat secara terbuka berdasarkan penghakiman mahkamah yang sah, tanpa melibatkan mana-mana pihak lain atau pereka fesyen lain.

Advertisement
View this post on Instagram

“Setelah hampir tiga (3) tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan.

“Tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain, kenyataan ini dibuat khusus bagi menyeru Pereka Fesyen Rizman Ruzaini untuk melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang telah diarahkan oleh Mahkamah melalui penghakiman yang telah memihak kepada kami.

“Kenyataan ini dibuat secara berfakta dan berhemah, selaras dengan keputusan undang-undang yang sah, selepas kami memilih untuk menunggu dan menghormati proses perundangan sepenuhnya.”

Menurut Intan tersebut, tujuan kenyataan awam itu adalah untuk menuntut pelaksanaan pembayaran semula pinjaman seperti yang telah diarahkan oleh mahkamah, selepas mereka memberikan ruang dan masa mencukupi sepanjang proses perundangan berlangsung.

View this post on Instagram

Perkongsian itu turut menarik perhatian warganet yang rata-rata meminta agar semua pihak menghormati keputusan mahkamah dan menyerahkan sepenuhnya isu berkenaan kepada saluran undang-undang yang sah.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan balas dikeluarkan oleh Rizman Ruzaini berhubung dakwaan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-05 16:34:23

"Ada Kacau Duit Pencen Sesiapa Ke?" - Abby Abadi Hairan Ada Yang Terkesan Isu Tuntut Nafkah Dan Mas Kahwin"

The post “Tiga Tahun Saya Berdiam Diri” – Rizman Ruzaini Diperintah Bayar Saman RM1.3 Juta Kepada Intan Najuwa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.