Tiga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh

LocalEnvironment
29 Nov 2024 • 6:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga mangsa terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil pada Jumaat.

HULU TERENGGANU - Tiga mangsa terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada Jumaat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Aidil Khairim Abd Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 4.59 petang.

Katanya, seramai 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dengan dibantu BBP Wakaf Tapai, Marang bergegas ke lokasi kejadian.

"Maklumat awal diperoleh tiga mangsa terperangkap.

"Mangsa pertama telah berjaya dikeluarkan jam 5.17 petang.

"Operasi menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan dan unit STROM juga telah diaktifkan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved