Tiga Wanita Vietnam Didenda Selepas Mengaku Bersalah Menyundal

24 Jul 2026 • 5:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tiga wanita warga Vietnam berdepan tindakan undang-undang selepas mengaku bersalah atas kesalahan terbabit dalam aktiviti persundalan serta melanggar syarat pas lawatan sosial sementara di Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Kesemua tertuduh yang berusia 22 tahun itu dijatuhi hukuman denda selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Semua wanita Vietnam sudahpun bayar denda, tidak dipenjara

Image from: Tiga Wanita Vietnam Didenda Selepas Mengaku Bersalah Menyundal

Tertuduh Pham Thi Thao Van berdepan dua pertuduhan sebelum didenda RM2,000. Sementara itu, Dang Thi Dien dan Chao Thi Van masing-masing didenda RM500 bagi pertuduhan yang dihadapi.

Mereka turut berdepan hukuman penjara selama satu hingga empat bulan sekiranya gagal membayar denda. Bagaimanapun, ketiga-tiga wanita terbabit telah menjelaskan denda masing-masing.

Image from: Tiga Wanita Vietnam Didenda Selepas Mengaku Bersalah Menyundal
Kredit Foto: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Mengikut pertuduhan, Pham Thi didakwa mencari langganan bagi tujuan persundalan di sebuah hotel di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat pada jam 2 petang, 15 Julai lalu.

Selain itu, ketiga-tiga tertuduh turut didakwa melanggar syarat pas lawatan sosial sementara dengan menjalankan aktiviti persundalan di lokasi, tarikh dan waktu yang sama.

Serbuan polis bongkar kegiatan

polis

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat menjalankan serbuan di sebuah hotel yang disyaki dijadikan lokasi kegiatan persundalan.

Hasil serbuan itu mendapati ketiga-tiga wanita terbabit menjalankan kegiatan berkenaan menggunakan pas lawatan sosial. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shazleen Ibrahim manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan.

The post Tiga Wanita Vietnam Didenda Selepas Mengaku Bersalah Menyundal appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved