Tiga warga Yemen terperangkap kepala air di Sungai Kedondong

4 May 2026 • 8:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki warga Yemen yang terperangkap akibat kepala air di Air Terjun Sungai Kedondong pada Ahad.
image is not available
Tiga lelaki warga Yemen yang terperangkap akibat kepala air di Air Terjun Sungai Kedondong pada Ahad.

HULU SELANGOR - Tiga lelaki warga Yemen berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Sungai Kedondong di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.12 petang.

Menurutnya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 26 kilometer dari balai berkenaan.

“Setibanya di lokasi pada jam 4.40 petang, kita mendapati tiga lelaki warga Yemen terkandas akibat kepala air," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

**media[3509770]**

Beliau berkata, dua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,

"Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian tangan berada di tepi tebing berketinggian kira-kira tiga meter diselamatkan oleh anggota bomba,” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang cedera kemudian berjaya dibawa keluar dan operasi dikawal sepenuhnya pada jam 5.30 petang.

"Kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan  (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved