Tik@m 16 kali: Suspek sah remaja autistik, bapa tepis dakwaan anak pembuli. 'Dia seorang yang pendiam...'

7 Jul 2026 • 2:29 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Tik@m 16 kali: Suspek sah remaja autistik, bapa tepis dakwaan anak pembuli. 'Dia seorang yang pendiam...'

DI SEBALIK kekecohan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga yang parah ditikam rakan sekolahnya sendiri dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini, satu fakta mengejutkan akhirnya terjawab.

Tragedi berdarah yang menyaksikan mangsa mengalami 16 luka tikaman sehingga menjejaskan paru-parunya itu kini memasuki fasa siasatan.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Vijeswari Devi mendedahkan suspek yang berusia 15 tahun itu disahkan merupakan seorang individu kurang upaya (OKU) dalam kategori autisme.

“Anak guam saya adalah autistik. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” jelasnya ringkas mengenai tularnya kad OKU yang didakwa milik suspek di media sosial sebelum ini.

Image from: Tik@m 16 kali: Suspek sah remaja autistik, bapa tepis dakwaan anak pembuli. 'Dia seorang yang pendiam...'

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi, ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perintah reman selama empat hari sehingga Jumaat telah dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Terdahulu  Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

Siasatan kes  dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

'Dia seorang pendiam...' – Bapa tepis dakwaan buli

Image from: Tik@m 16 kali: Suspek sah remaja autistik, bapa tepis dakwaan anak pembuli. 'Dia seorang yang pendiam...'

Dalam pada itu, emosi keluarga mangsa sekali lagi diuji selepas tularnya foto memaparkan surat yang dikaitkan dengan suspek dan mendakwa insiden tikaman tersebut berpunca daripada tindakan mangsa yang membuli suspek.

Menjawab pertanyaan media, Mohd Firuz Ibrahim, 43, dengan tegas menepis dakwaan liar tersebut dan menyifatkan anaknya tidak mungkin bertindak sedemikian.

“Anak saya bukan pembuli. Saya ada juga mendengar cerita dan menerima mesej WhatsApp yang mengandungi senarai nama yang tular itu, tetapi kami tidak dapat memastikan kesahihannya.

“Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.

Mohd Firuz juga mendedahkan personaliti anaknya pendiam dan mempunyai pergaulan yang agak terhad.

Image from: Tik@m 16 kali: Suspek sah remaja autistik, bapa tepis dakwaan anak pembuli. 'Dia seorang yang pendiam...'

“Anak saya seorang yang pendiam. Bila ditanya, barulah dia menjawab dan hanya meminta sesuatu apabila perlu. 

"Malah, dia tidak pernah keluar bersendirian dengan rakan-rakan. Kalau keluar rumah pun, saya atau ibunya yang akan hantar,” luahnya kepada wartawan Sinar Harian di Hospital Banting pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Firuz bersedia untuk  bertemu dengan keluarga suspek.

"Saya harap apa yang berlaku ini jadikan pengajaran, ambil tindakan yang sewajarnya.

"Apa-apa kena tapis dulu. Sebelum masuk ke sekolah kena tapis dulu, di depan bahagian penjaga tu. 

"Selepas sudah tapis dan okay, baru boleh masuk dalam sama ada untuk jumpa cikgu atau pelajar.  Saya harapkan anak mendapat keadilan yang sewajarnya," ujarnya.

Terdahulu, insiden berdarah berlaku di sebuah sekolah di Banting. Kejadian berlaku kira-kira pada jam  9.30 pagi apabila suspek Suspek yang memakai kemeja-T hitam masuk ke sekolah dengan membawa senjata tajam.

Susulan insiden berkenaan, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian paru-paru selain 16 luka tikaman pada bahagian badan.

Sumber: Sinar Harian, 2

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved