Tikam isteri hingga mati, lelaki kena 14 tahun 

30 Nov 2023 • 2:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke atas seorang lelaki tempatan yang didapati bersalah menikam isterinya hingga mati selepas mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Dr. Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu ke atas Jakaria Abu Bakar, 56, yang didapati bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat kepada isterinya, Norminah Bollok.

Jakaria, yang diperintahkan menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 4 Februari 2019, didakwa menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah tidak bernombor, di Kg Pinggir Bakau, Semporna kira-kira jam 4 pagi, pada 22 Januari 2017.

Dr. Lim dalam penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira fakta kes dan kepentingan awam serta meneliti hujahan pendakwaan dan pembelaan.

Dalam kejadian itu, Jakaria didakwa menikam mangsa sehingga mati selepas berlaku pertengkaran apabila dia mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Seramai lapan saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.

Jakaria pada awalnya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan tetapi kemudian dipinda kepada pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 304 (a) kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hurman Hussain melakukan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Andy Tay.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.