Tiket Bas Habis, Pelajar OKU Nekad Jalan Kaki 317KM Untuk Balik Mengundi

18 Nov 2022 • 10:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai tahu, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan esok iaitu pada 19 November 2022. Susulan itu, rata-rata rakyat Malaysia berpusu-pusu pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Tidak ketinggalan, seorang remaja berstatus orang kelainan upaya (OKU) pertuturan dan pergerakan nekad berjalan kaki pulang ke kampung di Kelantan selepas tiket bas ekspres habis dijual.

Menurut laporan Kosmo, remaja yang dikenali sebagai Muhammad Haikal Noor Azmin merupakan seorang pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

image is not available

Mujur, seorang pensyarah yang kebetulan dalam perjalanan pulang ternampak Haikal sedang berjalan bersendirian sambil menyorong beg pakaian.

Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts. Jasni Mohd. Yusof berkata, Haikal ditemui dalam keadaan keletihan namun tetap mahu meneruskan perjalanan pulang ke kampung.

Kita ambil inisiatif dengan menghantar Haikal pulang Kelantan menggunakan kenderaan jabatan hari ini supaya boleh mengundi Sabtu nanti.

Tambahnya lagi, sumbangan turut dibuat oleh semua kakitangan kolej bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan.

image is not available

Dalam pada itu, Haikal berkata dia amat terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kolej sekaligus dapat meringankan beban keluarganya.

Difahamkan, pelajar itu kematian bapa sejak berusia 11 tahun lagi dan memikul tanggungjawab sebagai anak sulung daripada lima beradik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

Ibu Lemah Longlai, Hampir Rebah Dapat Tahu Bayi 3 Bulan Meninggal Hari Pertama Di Rumah Pengasuh