Tiket Dijual Dari Harga RM398, Konsert 2NE1 Akan Berlangsung Di Stadium Hoki Nasional Pada 1 Februari

LocalEntertainment
13 Dec 2024 • 11:23 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Akhirnya, 2NE1 akan datang menemui peminat di Malaysia tak lama lagi!

Terbaru, Live Nation telah mengumumkan butiran lanjut mengenai konsert jelajah 2NE1 ‘2024-25 2NE1 ASIA TOUR [WELCOME BACK] IN KUALA LUMPUR’, yang akan berlangsung pada 1 Februari 2025 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Melihat poster yang dikongsi, tiket untuk konsert itu akan dijual bermula dari harga RM398 hingga RM1,288.

Selain itu, jualan tiket akan bermula pada 16 Disember ini untuk ahli Live Nation dan akan dibuka kepada umum pada 17 Disember nanti.

Jangan lepaskan peluang dan dapatkan info lanjut menerusi laman Live Nation!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.