Tiket ECRL mula dijual pertengahan November

19 Oct 2026 • 1:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiket ECRL mula dijual pertengahan November

GOMBAK – Tiket perkhidmatan penumpang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan mula dijual secara dalam talian pada pertengahan November ini.

Bagaimanapun operasi komersial laluan Gombak-Kota Bharu disasarkan bermula 12 Disember depan tertakluk kepada penyempurnaan keperluan keselamatan dan kelulusan berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, orang ramai boleh membuat tempahan menerusi laman web rasmi ECRL iaitu www.ecrl.com.my.

Menurut beliau, harga tiket menggunakan mekanisme tambang dinamik yang membolehkan kadar berubah mengikut masa pembelian, tahap permintaan dan ketersediaan tempat duduk.

Katanya, pendekatan itu memberi peluang kepada penumpang mendapatkan tambang lebih rendah sekiranya membuat tempahan lebih awal atau memilih waktu perjalanan di luar waktu puncak.

“Melalui mekanisme ini, harga tiket boleh berubah mengikut masa pembelian, tahap permintaan dan ketersediaan tempat duduk. Konsepnya hampir sama seperti industri penerbangan.

“Makin awal rancang perjalanan, makin tinggi peluang untuk dapat harga tiket yang lebih murah,” katanya pada sidang akhbar kadar tambang ECRL di Stesen ECRL di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Tiket ECRL mula dijual pertengahan November appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved