Tiket grandstand, premium Harimau Malaya lawan Vietnam habis terjual

LocalFootball
8 Jun 2025 • 3:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harimau Malaya akan menentang Vietnam pada Selasa ini.

SKUAD Harimau Malaya dijangka mendapat sokongan padu ketika menentang Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.

Ia selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan tiket untuk aksi berkenaan bagi kategori grandstand dan premium telah habis terjual.

Berbaki dua hari lagi sebelum perlawanan, tiket untuk kategori terbuka masih boleh dibeli oleh penyokong setia Harimau Malaya.

"Tiket grandstand dan premium telah habis terjual. Ayuh penyokong Harimau Malaya, tiket tempat duduk terbuka RM40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) masih boleh dibeli.

"Jom kita penuhkan Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini," kata FAM dalam satu kenyataan pada Ahad.

Untuk rekod, sehingga semalam sebanyak 29,400 tiket telah terjual dan ia dijangka terus meningkat sehingga hari perlawanan pada Selasa.

Skuad Harimau Malaya berdepan tugas getir perlu melakar kemenangan ke atas Vietnam dalam aksi Kumpulan F bagi mencerahkan peluang kerana hanya juara kumpulan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved