Tiket Konsert “Sold Out”, Penyanyi Mandopop Tempa Nama Hingga Luar Negara

EntertainmentMusic
24 Jun 2024 • 3:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Tiket Konsert “Sold Out”, Penyanyi Mandopop Tempa Nama Hingga Luar Negara

Mungkin masih ramai yang belum mengenali penyanyi Mandopop Malaysia, Firdhaus Farmizi sosok yang semakin menempa nama di luar negara.

Firdhaus yang terkenal dalam kalangan masyarakat Cina baru-baru ini, telah mencipta sensasi apabila jualan tiket konsertnya di Genting Highlands pada 31 Ogos selama dua hari habis terjual dalam masa 30 minit.

Difahamkan, konsert tersebut adalah sebahagian daripada Jelajah Asia Firdhaus.

image is not available
Gambar: Facebook rizal_hakimm

Tidak hanya itu, pertunjukan tambahan pada 1 September juga telah ditambahkan pada lawatan itu, dan tiket tersebut juga telah terjual dalam masa 20 minit.

Kelebihannya fasih bernyanyi dalam bahasa Mandarin telah membawa nama hingga ke luar negara seperti Singapura, China dan Macau.

image is not available
Gambar: Facebook rizal_hakimm

Antara lagu popular anak kelahiran Kulai, Johor itu adalah Gulf of Alaska, yang pernah tular menerusi aplikasi TikTok China, Douyin dengan meraih 170 juta tontonan pada tahun 2021.